"Saya yakin rakyat kita cerdik. Mereka tahu angka dan boleh membandingkan apa yang berlaku setahun dua yang lepas," katanya
PUTRAJAYA - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin rakyat negara ini boleh menilai terhadap usaha yang dilakukan kerajaan dalam mengatasi isu kos sara hidup dan inflasi.
Menurutnya, sekiranya pembangkang mahu memainkan isu tersebut ke Parlimen, ia terpulang kepada blok itu.
"Saya yakin rakyat kita cerdik. Mereka tahu angka dan boleh membandingkan apa yang berlaku setahun dua yang lepas," katanya menerusi sidang akhbar di kementeriannya pada Rabu.
Kerajaan sedang merangka beberapa strategi baharu dalam mengatasi isu kos sara hidup.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ia membabitkan pelan strategi jangka pendek dan panjang yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Antaranya adalah melibatkan rantaian makanan dan menambah sumber di dalam negara," katanya menerusi sidang akhbar di kementeriannya dekat sini pada Rabu.